YuranPay - Sistem Urus Yuran

YuranPay telah dibangunkan pada tahun 2024 untuk memenuhi keperluan institusi yang memerlukan sistem pengurusan yuran yang mudah, sistematik dan selamat. Atas dasar itu, syarikat Runhill Venture telah membangunkan platform YuranPay sebagai platform solusi yang terbaik dan terkini.

Syarikat Runhill Venture mempunyai lebih 8 tahun pengalaman dalam membangunkan custom system berdasarkan keperluan semasa pasaran dan permintaan dari pelanggan sendiri.

Dengan kepakaran yang kami ada, pelbagai sistem telah berjaya dibangunkan dan digunapakai sehingga ke hari ini. Diharapkan, YuranPay juga dapat membantu pelbagai institusi menguruskan yuran dengan lebih efektif dan efisyen.

Founder, 
Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi

8+ Tahun Pengalaman

Dalam pembangunan sistem teknologi maklumat yang komprehensif & terkini.

99% Kestabilan Sistem

Kadar keberlangsungan sistem yang diyakini dan dipercayai stabil.

100% Data Perlindungan

Sistem keselamatan dan perlindungan data peribadi yang sentiasa dipantau & diperkasa.

500+ Pengguna Sistem Kami

Pelbagai sistem telah dibangunkan dan terus dipercayai oleh ratusan pengguna yang berpuashati.

Nilai Teras

Ada beberapa elemen nilai teras yang menjadi penekanan dalam membangun dan menyediakan YuranPay ini iaitu :

Integriti

Keteguhan kami terhadap kepentingan integriti bagi memastikan maklumat peribadi dan data kewangan dilindungi daripada penyelewengan demi kepercayaan pengguna.

Perlindungan

Memperkasa penyulitan data, kawalan akses, dan pematuhan kepada undang-undang perlindungan data bagi memastikan privasi pengguna terpelihara.

Kestabilan

Memastikan keupayaan sistem untuk beroperasi dengan konsisten dan tanpa gangguan bagi mengekalkan pengalaman pengguna yang lancar.

Prihatin

Memahami dan memenuhi keperluan pengguna dengan menawarkan sokongan yang responsif, empati dan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Pengurusan yang sistematik adalah kunci kepada kecekapan, ketelusan, dan kejayaan jangka panjang.

Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi

Founder, YuranPay

Scroll to Top